Wednesday, October 30, 2013

Raungan Hati Yang Sedang Gila

Takde niat pun nak buat entry baru, cuma nak melepas apa yg terbuku di hati sekejap.. Nama pun lepas geram, tak semestinya apa yg bakal aku luahkan kat sini kejap lagi betul.. Aku jugak manusia biasa, manusia biasa yg ada kelemahan diri, banyak sebenarnya.. Kelemahan yang hanya tersembunyi tidak ditonjolkan oleh aku sendiri, SENGAJA DISEMBUNYIKAN.. Aku tak macam apa yg org selalu fikirkan siapa diri aku, macam mana diri aku, hebatnya aku.. Setiap kali bila aku cuba menyangkal apa yg dilemparkan oleh mereka, mereka memotongnya, malah siap menokoktambah lagi.. Yang menganggap aku ini budak pandai, budak baik, budak suci, ada jugak yg gelarkan aku Ustaz.. kelakar betul.. Permainan apa yg cuba mereka mainkan ini? Kenapa aku cuba menyangkal? Sebab aku tahu dan aku sedar siapa aku sebenarnya.. Mana mungkin seseorang yg punyai SISI GELAP DALAM DIRI dipanggil USTAZ? Mana mungkin seseorang yang PENUH BERDOSA digelar BUDAK BUDAK BAIK BUDAK SUCI? Dan mana mungkin seseorang yg LEMBAB dipanggil BUDAK PANDAI? Tolonglah... Aku takfaham semua ni.. Lama dah aku pendam.. Apa yang aku mampu harapkan, semoga semua itu bertukar menjadi doa, agar aku dapat jadi seperri yg mereka tuduhkan pada aku selama ini.. Amiinn.. TAPI Sebenarnya bukan itu yg hendak aku luahkan di sini. Ada hal lain.. Aku nak tahu siapa sebenarnya aku pada kawankawan aku? Kawankawan yg selama ni aku selalu kenangkan, aku selalu rindukan, aku selalu fikirkan.. Kawankawan yg aku harap dapat selalu ada dgn aku tak kira waktu senang atau susah.. Aku ada persoalan utk diorang.. Aku ni tak wujud ke? Atau aku ni pada korang tak sepenting mcm mana aku pentingkan korang? Aku tak kata semua kawankawan aku tapi ada sesetengah tu.. Kenapa ehh kalau korang plan apa2, aku akan jadi yg terakhir sekali utk tahu pasal benda tu, and aku yg terakhir sekali yg diajak? Aku ni pilihan terakhir eh? And kenapa kalau cerita apa2, bila aku tanya taknak dicakap? Tapi kenapa bila cerita aku kalau tidak diberitahu korang tarik muka? Mana adilnya? Hmm aku penat aku letih.. Aku malas nk pikir lagi masalah ni.. Ye AKU MUNGKIN ADA SALAH masa aku cakap benda ni, so AKU HANYA MAMPY MINTAK MAAF.. Dgn adanya FACEBOOK, TWITTER, aku boleh je post benda ni kat sana.. Tapi aku taknak buat mcm tu.. Sebab apa? Its all about the HATI guys.. So aku rasa baik aku lepas kat sini je.. Aku nak lepas kat orang lain, aku taktahu kat siapa, aku tak ada ramai kawan pun.. But its okay.. Aku akan tetap cuba jadi kawan yg terbaik, kawan yg memahami, and kawan yg boleh diharapkan.. Sama macam dulu, sikit pun takberubah :)

Thursday, May 9, 2013

'Seronoknyaaaa Habiskan Cuti di Rumah Sahaja'

tgk tajuk pun dah tahu . cuti sem duabulan aku habiskan hanya dgn duduk kat rumah jea . rumahku syurgaku :)

syukur jugak ada kawankawan yg sangatsangat memahami , diorang.tahu aku suka duduk rumah terperappp jea .. so thats why laa diorang keluar jalanjalan happyhappy seronokseronok enjoyenjoy g makan ramairamai , lepaklepak , tengokwayang , mainboling apa sume tak ajak aku . kalau diorang ajak mesti aku taknak ikut . yelaa kan aku sukaaaaa sgt duk rumah terperap je takbuat apa2 aktiviti dgn diorang kan . lagipun aku mmg takda life . so memang patutpun diorang sikit pun takajak aku .

and diorang pun percaya pada aku , kalau nakbuat apa2 event ke program ke , mmg diorang akan suruh aku buat itu dan ini . aku yg akan plan semuanyaa . terserlah sgt kan bakat jadi planner aku nii . and yes , aku sukaaaa sgt buat bendabenda nii . walaupun selalunyaa program yg aku kena plan tuu tak jadi , kena cancel laa kena tangguh laa apa laa , tp aku tetap bangga pasal aku mampu jadi planner yg baik . hahahahahaha .

so tu je laa entry kali nii . entry utk berbangga diri . ehh jap .. salah type .. 'berbangga diri' ... i love myself . thank to all my supportive friends yg selalu mengaku aku sahabat terbaik diorang . takda yg terbaik selain aku ! haahahaha

bongkak sungguh kan ? well thats me :)



































































































































































































































































































































































































































































































#yes berjaya luahkan apa yg terpendam dgn cara dan budaya melayumoden : perli ...

hanya berharap sakit di hati cepat terubati . kalau takboleh diubati biarkan hati ini mati sendiri .

Thursday, May 2, 2013

Kawan dan Bestie

kenapa ehh aku rasa mcm aku selalu sorangsorang . hidup aku taksama mcm apa yg aku tgk dlm hidup org lain . hmm . mungkin sebab aku nii membosankan ? atau aku tak banyak cakap ? atau aku bnyk taktahu apa2 ? hmm entahlaa .

kadangkadang aku nak jugak jadi mcm org lain , yg ada kawan baik . kawan yg selalu diperlukan . kawan yg selalu memerlukan . kawan yg senang memberi . and kawan yg senang diberi .

tengok dlm tv . ada org dia senang dgn kawan dia . ada org dia susah pun dgn kawan dia . ada org keluar sesama dgn kawan dia . makan sesama lepak sesama jenjalan sesama gosip sesama tidur sesama mandi pun sesama . hahaha . mcm over pulak sesama aku tuu . tp cuma nak maksudkan je lah betapa setianyaa diorang . ada org apa2 hal apa2 cerita apa2 masalah dia bgtau kawan dia dulu . ada org kongsi mcm2 benda dgn kawan dia . macam2 benda lah diorang kongsi .

terfikir jugak . kalau aku ada seseorang yg mcm tuu , agaknyaa lah kan mesti hidup aku tak sebosan skrg nii . hmm .

ni nak mengaku , kekadang jeles jugak tgk ada kawankawan aku yg mcm tuu . untungnyaa diorang ada kawan baik .

Ipan skrg nii selalu dgn Mior , kemana saja mesti berdua . Tp Ipan jugak ada kawanbaik lain - Syuk Kecik Syawal Kerol Afif Rifdi . hmm . aku rasa life Irfan mesti seronok .

Akid pulak selalu dgn Fittery . ada satu hari tuu , aku dgn kawankawan lain ada dgn dia nii , tp dia boleh cakap nak ajak Fitt teman dia g somewhere nii . pergghh . sanggup tunggu Fitt balik dari poli . setianyaa diorang .

Rosnas lagi laa . ada boyfriend , ada bestfriend . yg aku tahu Ipan pun salahsorang drpd bestie dia jugak . ye laa tgk diorang selalu borak itu ini . mcm2 cerita pulak tuu . bila aku tanya jee ingat nak join cerita , hmm rahsia pulak . takpe laa asalkan korang bahagia .

Wawa lagi seronok kot . dia ada Dydie Tasha Fara Fad Dina . diorang nii takpayah cerita banyak . diorang nii boleh jadi contoh bestfriend terbaik . hahaha .

and ramai lagi laa aku tengok kawankawan aku yg mcm tuu , apa2 hal mesti bersama . kalau sorang tuu nak kemana je , mesti ajak kawan dia . kalau ada problem , mengadu kat kawan dia . kalau dapat apa2 benda baru , bgtau kawan dia jugak . bila sedih ada problem pun cari kawan dia . bahagia nyaa hidup mcm tuu kan ?

aku ? takpa laa . kalau takda pun takpa walaupun mengharap sgt dpt mcm tuu . kenapa takkisah ? senang je . dah biasa .

cerita sini habis sini . jadi mcm aku , kita pendam je dlm hati :')